Isnin, 31 Disember 2012

Reunion 2012

30 December 2012

Almost 11 years x jumpa tiba2 nak wat reunion huhuhu,xcited nak pi sebab lama x jumpa member2 sekolah.Reunion buat kat Dewan Bandar Tun Razak, thanks Wahidah coz sponsor dewan, makan2 ramai yang sponser.Aku sponser kek .Yang best Kiye sponsor satay almaklumlah tokey satay hehehe.

Reunion start kul 2petang lebih kurang 40++ jugak yang datang,ada buat sesi tuko2 hadiah &karaoke.Yang klako sume x percaya aku free hair ye la masa sekolah kan dok asrama lain da beso keje lain tapi aku tetap aku perangai x berubah pon.

Yang rimas time ni sume tanya kenapa single lagi adoiiii rimas tol,tapi aku x kesah jawapan paling sempoi aku bagi aku cakap belum masanya lagi ti ada for sure aku jemput korang semua.Masa reunion ni aku pi ngan dua pupu aku udah dorang gossip kan kitaorang.Agak2 la aku nak bercinta ngan si dak Zul ni kitaorang membesar bersama kot.

Credit to Lin coz berjaya buat reunion ni walaupon ramai gak yang x dapat datang tapi tu x kesah yang datang hari tu pon da ok bukan senang nak kumpul ramai2 camtu nak2 pulak masing2 da ada anak bini lain la yang single kan senang nak decide nak pi ke x.


Aku bergambo ngan yang mana tak kerek jew heheh yang nampak cam good2 tu senyum nak x nak tu sorry ok I x koser nak layan x rugi pon x bergambo ngn orang camtu.Kalau datang reunion nak wat muke baik tak payah datang.



Lin & Dayah x classmate 5 delta.
ni dua pupu aku tu Zul no gossip2 ok

Next reunion katanya nak buat tahun 2014, tak sure la aku ley datang ke tidak tengok schedule dulu & participants kalau ada yang aku ngam aku join kalau x ada sorry hehehe.
sesi pertukaran gift aku dapat set mug

pose ngan si nad

kek yang aku sponsor 2 kotak warna oren satu lagi dari shasha






Dayah,Lin,aku,Shasa & Ida

masa sekolah ni la geng yang selalu ajar aku mate coz I hate mate hahaha


Sabtu, 15 Disember 2012

Hutan Lipur Gunung senyum,Kuala Gandah Elephant Sanctuary & Deerland Park

08-12-12 to 9-12-12



First time Nani & Ej ikut aku balik kg, kebetulan masa ni musim buah, kitaorang gerak balik kg aku hari jumaat malam lepas masing2 habis keje,stay kat kg aku 2 hari satu malam.

 

Kat kg aku xde apa pon yang menarik pusat perlancongan yang glam sebenarnye Taman Negara kat Jerantut Pahang, tapi seumur hidup aku, aku pon x pernah pi sana hahaha.


Sampai kg aku pon da malam dalam kul 10 macamtu, sampai2 lepak tido, esok pagi panjat pokok rambutan , carik durian ,kejenye makan buah jew.Sebelah petang aku bawak dorang pusing2 kg almaklumla dorang ni budak Bandar hehehe,lepas habis pusing kg aku bawak dorang pegi Hutan Lipur Gunung Senyum dari rumah aku x sampai pon 1/2 jam.


Hutan Lipur Gunung Senyum ni merupakan gunung tertua yang ada kat Malaysia,kalau korang jenis panjat gunung nye orang korang akan tau kewujudan gunung ni.Gunung Senyum ni punya cerita tersendiri,gunung ni ada 66 biji buah gua & setiap gua ada cerita tersendiri, yang paling glam gua kolam 7,gua terang bulan, gua makam tok long & gua angin.Rasa malas pulak nak cerita panjang2 kalau nak tau better korang pi sendri ye hehehe.


 Moment at Hutan Lipur Gunung Senyum







Sampai kat sini dalam kul 5 lebih x lepak lama sangat pon sebab kitaorang pakai baju biasa je x sesuai nak memanjat bagai,ada jambatan gantung kat situ entah mana pulak pic nye huhuhu.Kul 6 lebih blik rumah, malam xde xtiviti nak buat tengok tv menyembang ngn family je la.

 

Esok ahad pagi kitaorang da gerak awal sebab next destination nak ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary,ni terletak kat Lancgang Pahang, dari rumah aku nak ke sini makan masa 45 minute .Sampai sana kul 11x sempat nak tengok show gajah coz show awal kul 10 lepas tu kul 2 petang, nak tunggu show kul 2 petang rasa lewat sangat sebab nak balik KL lagi kan.

 

Elephant sanctuary ni tempat di mana gajah2 liar di selamatkan , dorang di jaga dengan baik kat sini.Banyak jugak gajah yang ditempatkan kat sini yang aku ingat sekor gajah tu namanye langsat umur baru 2 tahun kesian orang jumpa merayau sorang2 ibu nya x ada so dorang bawak kat pusat perlindugan ni. Gambo Langsat pon hilang  adess..Kalau budak2 suke la kot tengok gajah2 ni ada satu session di mana kite ley naik atas gajah & mandi ngan dorang ,kitaorang x join la sebab takut lambat nak gerak balik KL.



Moment at Elephant Sanctuary







Habis bergambo bagai kat sini kitaorang gerak pi Deerland Park pulak, dari sini nak ke Deerland tu lebih kurang 15 minute.bayaran sekali masuk 5 hengget, selain dari rusa macam2 lagi la binatang yang ada kat sini lebih kurang macam mini zoo tapi yang banyak rusa da nama pon Deerland kan hehehe macam2 jenis rusa ada kat sini,xtiviti kat sini kita dibenarkan bagi makan kat rusa ni satu mangkuk keledek 5 hengget,so kitaorang x melepaskn peluang ni rugi sebab bukan senang nak pegang rusa dekat2 kan.


Moment at Deerland Park












Dalam kul 3 lebih kitaorang gerak balik KL, sebelum tu sempat singgah kat air terjun Lentang, sampai sini lebih kurang kul 4 lebih orang x ramai pon lagi, ya ampun sejuk bebeno airnya ,kitaorang mandi manda bagai dalam sejam lebih jew, kul 6 lebih da gerak balik KL.










Next Trip Tioman kot hehehe :p

Jumaat, 9 November 2012

Cameron Highland

 

14-11-2012


Last pegi Cameron x salah aku masa form 4 ngan family, so kali ni pegi ngan bff, sayang Conna x dapat pegi masa ni coz da kawin so masa lebih kepada family la & kitaoarng pon x nak kacau honeymoon mood die hehehe.

 

Kitaoarang gerak dari KL kul 7 pagi saja gerak awal sebab tau ti mesti banyak kali stop, teruatama kat RNR sebab si Ej memang kerap nak terkencing je hehehe, kitaorang pi naik kereta Ej budget minyak kerete ,tol & hotel sorang kena spend dalam 200++ je.Tak termasuk duit makan ye duit makan sendiri2 la.


Kitaorang decide nak stay kat area Brinchang coz nak pi pasar malam Brinchang pasar malam ni kalau x salah aku ada hari sabtu & ahad je kebetulan kitaoarang pegi hari ahad cun sangat la kan.Sampai Cameron dalam kul 11 pagi camtu terus pi Strawberry Café coz nak carik strawberry milk shake lepak kat situ lama gak, biasa la kalau pegi ngan Nani kalau x de 200 pose x sah kejenye bergambo je ngan aku2 pon terjebak dulu aku x minat sangat bergambo2 ni sejak kenal Nani aku pon jadi hantu gambo hahaha.


Lama jugak lepak kat Strawberry Café ni , dalam kul 2 kitaoarng check in hotel,rest kan badan ,sempat la dapat selelap dua hehehe.kul 5 petang masing2 da lapo tahap gaban kuar cari makan sib baik area hotel tu ada restaurant masakan ala thai so pe lagi kitaorang serbu la hehehe,macam2 kitaorang order ,tomyam campur,telur dadar, siakap 3 rasa ,kalian ikan masin.


Lepas melantak kitaorang pi pasar malam semput gak nak naik bukit tu coz pasar malam atas bukit skit, da la lepas makan kan memang beseret la kaki nak naik bukit tu hahaha, macam2 kitaorang beli sebab murah,masing2 borong strawberry .






sib baik ada apek lalu , ley mintak tolong amikan gambo hahaha

Habis xtiviti pasar malam & pusing2 area hotel kitaoarang balik melepak dalam bilik, cuaca pon boleh tahan sejuk tu yang berat je mata, Keesokan paginye kitaorang ke Ladang Teh Boh,breakfast kat café atas ni & bergambo sakan kat ladang teh pulak.Seingat aku gambo kat atas ladang teh ni je almost 300++ pose tapi aku attach separuh je kalau sume kang nampak batak la pulak hahaha.





Sebelum balik sempat singgah kat pasar pagi dorang sempat lagi la menghabiskan sisa baki duit tu hehehe,lagipon masing2 x puas nak makan strawberry chocolate ,nak cari banana chocolate takde masing2 menyesal x beli banyak2 kat pasar malam semalam coz banana mix ngan chocolate lagi best rasanya ,tu pada tekak kitaorang la tekak korang x tau hehehe.


Gerak balik dalam kul 2 petang camtu , sampai KL sempat singgah kat restoran Jejantas Sungai Buloh,acara makan tu memang wajib pada kitaorang setiap kali hangout bersama rugi kot kalau x makan .









Next destination Kuala Gandah & Deerland Pahang.

 






Jumaat, 29 Jun 2012

Sunway Pyramid -Besday Trip

 
 
 
 
27-06-2012
Full House Sunway
 
 
One week after my besday dorang ajak hangout sesame nak celebrate besday aku & sebab lama x jumpa last jumpa pi redang ritu je la ,kitaorang keluar kul 12.00 tengahari park kereta rumah conna so dari rumah conna gerak pi sunway. Sampai sana kul 1 tengahri,ngam2 lunch our time masing2 kelaparan sebab x breakfast so terus lepak kat Full House.
 
 
Moment at Full House
 

walaupon aku sakit mata gigih okeh nak kuar jugak hahaha
 




 


Lepas makan kitaorang planning nak main ice skating.masa kecik2 selalu la main roller blade da tua bangka ni da lupa, tapi x nak menghampakan kawan2 aku cuba la jugak,sib baik x jatuh tapi penat kot menahan diri supaya tak jatuh .



 

 

Main ice skating ni dalam sejam cost 27 hengget per person ni untuk hari biasa sebab kitaorang kuo ni hari rabu,saje malas nak kuo weekend ti sesak kat sini.Habis main ice skating kitaorang pi main bowling pulak, antara kitaorang sume ni aku la yang paling rendah score apataknya bola asyik ke longkang je hahaha seyesly aku x terer main bowling ni kalau karok ok walaupon suara ke laut hahaha,ada aku kesah suara aku kan.

 
Yang paling tinggi score Ej, habis main bowling kitaorang lepak kat Paradigm Mall sampai kul 8 malam,dinner kat sini then balik.
 
 



Jumaat, 13 April 2012

REDANG TRIP



31-3-2012 to 3-4-2012

Yeaah holiday time,aku kenal ngan conna masa sama2 pi interview stewardess untuk ETS KTM 2010,since tu kitaorang berkawan x pernah jumpa lepas tu tp kitaorang still contact true email, Actually kitaorang dua2 dapat kerja tu tapi entahla macam x minat pulak sebab tengok ada shift hahaha,nak dijadikan cerita conna ajak pi holiday sesama kat Redang tuk 3 hari 2 malam aku x pk panjang pon terus cakap ok,kitaorang pegi 4 orang conna ajak kawan die Ej ni class mate die masa dorang belajar kat Unisel College & Ej pulak bawak Nani classmate die masa sekolah rendah.


Walaupon first time jumpa Ej & Nani kitaorang terus ngam ,kepala sama2 weng & ley masuk ,bas nak ke jety Merang kul 12.00 malam kitaorang amik bas last sekali,sebab nak sampai sana subuh senang kan x payah nak tunggu lama2.Naik bas kat terminal Putra.Excited nak naik bas coz nampak bas baru 2 tingkat sekali bukan bas tu daa..bas lain luo nampak ok masuk ooo minaaahh hahaha..tapi ok la seat sume ok,tapi sayang aircond bas tu sejuk sangat & air aircond asyik turun je,nasib malang tol da la aku kat tepi tingkap lencun siot si conna x habis2 gelakkan aku hahaha,ingat aku sorang je lencun sekali Nani pon sama daaa hahahah.

 

Sampai terminal Kuala Terengganu dalam kul 6 pagi, sampai sana kitaorang pi travel agency yang kitaorang amik pakej ni x mahal pon sorang dalam 350++  so boleh la tido mandi solat bagai dulu kat homestay yang diorang provide,bas ke jetty Merang sampai kul 7.30 pagi,dari terminal ke jetty tu x sampai pon 1/2 jam.Naik bot nak ke Redang Pelangi Beach Resort dalam 45 minute.


muke seposen baru sampai kat terminal KK

sempat pose di Jeti Merang


dalam kul 11 kitaorang sampai ke Redang Pelangi Beach Resort, sampai check in dulu, then terus lepak masuk bilik terus membungkang tido sebab penat kan, first xtiviti snorkelling petang tu kul 2 kitaorang x join coz masing2 kepenatan,kitaorang bantai tido sampai ke petang,petang baru melepak kat tepi pantai amik angin & snap2 picca.




view dari penginapan kitorang


First day xtiviti melepak kat tepi pantai & semestinye sesi berpicca hehehe, kebetulan ada foreigner dari Singapore tolong amik gambo kitaoarang ,tu yang gambo cantik je ekekeke.






 

Second day xtiviti pagi2 kitaorang da bangun awal pi breakfast ,buffet breakfast or buffet dinner  kat sini ok sedap walapon simple je dish dorang provide,lepas breakfast tunggu boat datang untuk pi snorkelling,kul 9 sampai 12 xtiviti snorkelling ni seronok main air sun burn jangan cakap la  hitam sume hahaha walapon pakai sunblock sun burn jugak .







kami ej,nani,aku & conna

Night xtiviti kitaorang x de wat pape pon just melepak je, hari sabtu malam minggu pelangi beach resort memang happennning sebab sume guest2 dari resort2 yang berdekatan datang melepak kat pub pelangi ni tu yang happening ,kat Laguna Redang pon ada pub tapi x tau la kenapa dorang suke lepak kat pelangi resort ni.

Third day xtiviti snorkelling jugak  tapi tempat lain la x ingat la apa nama2 tempat snorkelling tu, hari ke 4 da nak balik check out kul 12 tenghari naik bas kul 1 sampai KL dalam kul 5 camtu sebab jalan jem,Kitaorang berpisah kat terminal & balik rumah masing2 .

 

Next holiday Cameron Highlands wait for the  Next Update watch out :)