Isnin, 31 Disember 2012

Reunion 2012

30 December 2012

Almost 11 years x jumpa tiba2 nak wat reunion huhuhu,xcited nak pi sebab lama x jumpa member2 sekolah.Reunion buat kat Dewan Bandar Tun Razak, thanks Wahidah coz sponsor dewan, makan2 ramai yang sponser.Aku sponser kek .Yang best Kiye sponsor satay almaklumlah tokey satay hehehe.

Reunion start kul 2petang lebih kurang 40++ jugak yang datang,ada buat sesi tuko2 hadiah &karaoke.Yang klako sume x percaya aku free hair ye la masa sekolah kan dok asrama lain da beso keje lain tapi aku tetap aku perangai x berubah pon.

Yang rimas time ni sume tanya kenapa single lagi adoiiii rimas tol,tapi aku x kesah jawapan paling sempoi aku bagi aku cakap belum masanya lagi ti ada for sure aku jemput korang semua.Masa reunion ni aku pi ngan dua pupu aku udah dorang gossip kan kitaorang.Agak2 la aku nak bercinta ngan si dak Zul ni kitaorang membesar bersama kot.

Credit to Lin coz berjaya buat reunion ni walaupon ramai gak yang x dapat datang tapi tu x kesah yang datang hari tu pon da ok bukan senang nak kumpul ramai2 camtu nak2 pulak masing2 da ada anak bini lain la yang single kan senang nak decide nak pi ke x.


Aku bergambo ngan yang mana tak kerek jew heheh yang nampak cam good2 tu senyum nak x nak tu sorry ok I x koser nak layan x rugi pon x bergambo ngn orang camtu.Kalau datang reunion nak wat muke baik tak payah datang.



Lin & Dayah x classmate 5 delta.
ni dua pupu aku tu Zul no gossip2 ok

Next reunion katanya nak buat tahun 2014, tak sure la aku ley datang ke tidak tengok schedule dulu & participants kalau ada yang aku ngam aku join kalau x ada sorry hehehe.
sesi pertukaran gift aku dapat set mug

pose ngan si nad

kek yang aku sponsor 2 kotak warna oren satu lagi dari shasha






Dayah,Lin,aku,Shasa & Ida

masa sekolah ni la geng yang selalu ajar aku mate coz I hate mate hahaha


Sabtu, 15 Disember 2012

Hutan Lipur Gunung senyum,Kuala Gandah Elephant Sanctuary & Deerland Park

08-12-12 to 9-12-12



First time Nani & Ej ikut aku balik kg, kebetulan masa ni musim buah, kitaorang gerak balik kg aku hari jumaat malam lepas masing2 habis keje,stay kat kg aku 2 hari satu malam.

 

Kat kg aku xde apa pon yang menarik pusat perlancongan yang glam sebenarnye Taman Negara kat Jerantut Pahang, tapi seumur hidup aku, aku pon x pernah pi sana hahaha.


Sampai kg aku pon da malam dalam kul 10 macamtu, sampai2 lepak tido, esok pagi panjat pokok rambutan , carik durian ,kejenye makan buah jew.Sebelah petang aku bawak dorang pusing2 kg almaklumla dorang ni budak Bandar hehehe,lepas habis pusing kg aku bawak dorang pegi Hutan Lipur Gunung Senyum dari rumah aku x sampai pon 1/2 jam.


Hutan Lipur Gunung Senyum ni merupakan gunung tertua yang ada kat Malaysia,kalau korang jenis panjat gunung nye orang korang akan tau kewujudan gunung ni.Gunung Senyum ni punya cerita tersendiri,gunung ni ada 66 biji buah gua & setiap gua ada cerita tersendiri, yang paling glam gua kolam 7,gua terang bulan, gua makam tok long & gua angin.Rasa malas pulak nak cerita panjang2 kalau nak tau better korang pi sendri ye hehehe.


 Moment at Hutan Lipur Gunung Senyum







Sampai kat sini dalam kul 5 lebih x lepak lama sangat pon sebab kitaorang pakai baju biasa je x sesuai nak memanjat bagai,ada jambatan gantung kat situ entah mana pulak pic nye huhuhu.Kul 6 lebih blik rumah, malam xde xtiviti nak buat tengok tv menyembang ngn family je la.

 

Esok ahad pagi kitaorang da gerak awal sebab next destination nak ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary,ni terletak kat Lancgang Pahang, dari rumah aku nak ke sini makan masa 45 minute .Sampai sana kul 11x sempat nak tengok show gajah coz show awal kul 10 lepas tu kul 2 petang, nak tunggu show kul 2 petang rasa lewat sangat sebab nak balik KL lagi kan.

 

Elephant sanctuary ni tempat di mana gajah2 liar di selamatkan , dorang di jaga dengan baik kat sini.Banyak jugak gajah yang ditempatkan kat sini yang aku ingat sekor gajah tu namanye langsat umur baru 2 tahun kesian orang jumpa merayau sorang2 ibu nya x ada so dorang bawak kat pusat perlindugan ni. Gambo Langsat pon hilang  adess..Kalau budak2 suke la kot tengok gajah2 ni ada satu session di mana kite ley naik atas gajah & mandi ngan dorang ,kitaorang x join la sebab takut lambat nak gerak balik KL.



Moment at Elephant Sanctuary







Habis bergambo bagai kat sini kitaorang gerak pi Deerland Park pulak, dari sini nak ke Deerland tu lebih kurang 15 minute.bayaran sekali masuk 5 hengget, selain dari rusa macam2 lagi la binatang yang ada kat sini lebih kurang macam mini zoo tapi yang banyak rusa da nama pon Deerland kan hehehe macam2 jenis rusa ada kat sini,xtiviti kat sini kita dibenarkan bagi makan kat rusa ni satu mangkuk keledek 5 hengget,so kitaorang x melepaskn peluang ni rugi sebab bukan senang nak pegang rusa dekat2 kan.


Moment at Deerland Park












Dalam kul 3 lebih kitaorang gerak balik KL, sebelum tu sempat singgah kat air terjun Lentang, sampai sini lebih kurang kul 4 lebih orang x ramai pon lagi, ya ampun sejuk bebeno airnya ,kitaorang mandi manda bagai dalam sejam lebih jew, kul 6 lebih da gerak balik KL.










Next Trip Tioman kot hehehe :p